SETELAH berbahas dan kemuncaknya malam tadi, akhirnya Rang Undang-undang
Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 diluluskan dengan
suara majoriti penyokong kerajaan jam 12:50 tengah malam tadi.
Perbahasan rang undang-undang itu hangat dan memperlihatkan kedua-dua
pihak pembangkang dan kerajaan saling mempertahankan pendirian dan
pandangan masing-masing atas nawaitu untuk menjadikan rang undang-undang
berkenaan murni dan benar-benar berimpkatif.
Pihak kerajaan yakin dan percaya rang undang-undang berkenaan tidak
bersifat penganiayaan dan adil serta sangat penting untuk membasmi
penjenayah berat di negara ini.
Manakala pihak pembangkang mempersoalkan rang undang-undang berkenaan
sebagai hendak mengembalikan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
yang dimansuhkan sebelum ini dalam bentuk baru. Pembangkang juga meragui
rang undang berkenaan akan disalah-gunakan.
Walaupun jaminan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi bahawa ia tidak akan digunakan untuk tujuan politik tetapi
pembangkang tetap meraguinya berdasarkan apa yang berlaku sebelum ini.
Semasa perwujudan akta ISA tahun 1959 dahulu, ada jaminan oleh Perdana
Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Al Haj yang akta berkenaan akan
digunakan untuk menangkap para subversif sahaja.
Tetapi apa yang berlaku jelas ia turut terheret kepada penahanan tanpa
bicara terhadap ratusan ahli-ahli politik pembangkang termasuk juga para
guru agama dan pondok.
Selain itu pembangkang berhujah rang undang-undang berkenaan juga
bertentangan dengan Perlembagaan negara dibawah Artikel 149 perlembagaan
negara. Pembangkang juga mempertikaikan kenapa sebelum ia dibentangkan
ianya tidak bawa kepada peguam negara untuk diminta nasihat kerana cara
itu adalah kehendak perlembagaan.
Hal ini dakwa pembangkang diakui sendiri oleh Peguam Negara, Tan Sri
Abdul Ghani Patail yang beliau tidak diberikan draf rang undang-undang
berkenaan malahan Abdul Ghani dipetik berkata, dia sama sekali tidak
bersetuju dengan rang undang-undang tersebut.
Bagaimana dakwaan pembangkang itu dinafikan oleh menteri, di mana
katanya perkara itu tidak betul dan rang undang-undang itu telah dibawa
kepada peguam negara dan pihak-pihak lain sebelum ianya dibawa ke
Parlimen. Menurut menteri juga ia juga dibaa dalam forum untuk mendapat
timba balik daripada orang ramai.
Dalam perhatian saya sessi perbahasan rang undang-undang ini baik
diperingkat dasar atau jawatankuasa, hingga keperingkat hendak
meluluskan, ia menggambarkan kesungguhan dan keprihatinan di pihak
pembangkang bagi menjamin rang undang-undang berkenaan tidak bersifat
kejam dan zalim. Hampir semua ahli parlimen dari kedua-dua pihak yang
arif mengenai undang-undang mengambil bahagian dalam perbahasan.
Pendek kata rang undang-undang berkenaan dibahas secara lumat leat.
Walaupun disepanjang perbahasan itu ada wakil rakyat yang terbiasa
dengan perangainya suka menyampuk dan mempersenda-sendkan di antara satu
sama lain, namun keseluruhan sessi perbahasan itu menarik dan mempunyai
kualiti sebagai ahli parlimen sewajarnya.
Malang sedikit hampir semua cadangan dan teguran pembangkang termasuk
dalam soal-soal teknikal dan feudalmental, termasuk alasannya
bertantangan dengan perlembagaan tidak dipedulikan oleh menteri KDN.
Semoga dengan lulusnya rang undang-undang berkenaan tujuan dan matlamat
kerajaan untuk membenteras penjenayah berat akan tercapai. Kejadian
tembak menembak yang menghantui rakyat Malaysia beberapa bulan lalu
hendaknya akan dapat diatasi. Sehubungan itu juga indeks jenayah di
negara ini akan menurun ke peringkat yang minimum dan munasabah.
Dari aspek lain, perbahasan dan kelulusan rang undang-undang berkenaan
juga memberi markah yang besar kepada menterinya, Ahmad Zahid yang
ketika ini sedang berdepan dengan pemilihan kepimpinan di dalam Umno.
Rang undang-undang itu sedikit sebanyak membantu beliau untuk mendapat
perhatian para perwakilan Umno untuk mengekalkan kedudukan sebagai Naib
Presiden Umno yang mendapat undi terbanyak.
Sudah pasti perwakilan akan melihat Ahmad Zahid seorang menteri yang
komited dan serius untuk menangani jenayah dan beliau relatif lebih baik
dari menteri KDN sebelum ini.
Dan bagi saya rang undang-undang baru itu walaupun ia tidak sama dengan
ISA, tetapi dari segi semangat dan rohnya ia mewarisi akta dekronian
berkenaan kerana elemen-elemen ketidakadilan masih kelihatan.
Sesuatu yang membingungkan saya kenapa dahulu Perdana Menteri beriya
memansuhkan akta ISA dan akata penahanan kediaman tetapi hari ini
membenarkan pula wujud akta baru yang hampir sama.
**kredit untuk SinarHarian
No comments:
Post a Comment