Wednesday, 23 October 2013

Pegawai Bank AmBank Di Tembak Mati Pengawal Keselamatan


Seorang pegawai bank wanita berusia 37 tahun yang bertugas di Ambank maut akibat ditembak di kepalanya oleh seorang pengawal keselamatan yang merompak wang di bilik kebal bank tempat mangsa bekerja di Jalan USJ 2 Sentral petang ini.

Kejadian berlaku pukul 6.18 petang ketika mangsa, Norazita Abu Talib, 37, difahamkan memasuki bilik berkenaan bersama empat lagi pegawai bank serta suspek untuk menyimpan wang.

Suspek berusia 37 tahun kemudian melarikan diri dengan motosikal bersama sejumlah wang yang setakat ini belum dapat dipastikan jumlahnya.

Polis masih menyiasat kejadian itu.



Hubungi isteri sebelum ditembak


SUBANG JAYA: "Pak Cik Wan ada menghubungi isterinya beberapa minit sebelum kejadian," kata Mohd Fakri Azad M Azhar Syawal, 22, anak saudara kepada pegawai operasi sebuah bank, Norazita Abu Talib, 37, yang maut ditembak dalam kejadian rompakan di bank itu, di cawangan Jalan USJ Sentral 2, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.18 petang itu, mangsa maut di tempat kejadian selepas ditembak penjenayah berusia 37 tahun yang juga pengawal keselamatan bank berkenaan bersenjatakan pump gun di bahagian kepala kiri.

Menurutnya, bapa saudaranya itu menghubungi Norazita sebelum berpesan supaya berhati-hati ketika memandu pulang ke rumah kerana hujan.

“Bapa saudara saya bimbang kerana mak cik (Norazita) rabun dan sudah tentu sukar untuk memandu dalam keadaan hujan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Bercerita lanjut, Mohd Fakri berkata, Pak Cik Wan menghubungi Norazita sekali lagi namun panggilan kedua itu tidak dijawab.

“Tidak lama kemudiannya, Pak Cik Wan memberitahu saya bahawa dia dihubungi pihak bank namun pengurusan bank berkenaan tidak memaklumkan apa yang berlaku sebaliknya mengarahkannya segera ke bank berkenaan.

“Dia (Pak Cik Wan) bergegas ke bank itu namun tidak mengesyaki apa yang berlaku dan terkejut selepas dimaklumkan kejadian sebenar sebaik tiba di lokasi kejadian,” katanya.

Tambahnya, mangsa meninggalkan sepasang cahaya mata iaitu seorang perempuan berusia 10 tahun dan lelaki berusia 7 tahun.

"Pak Cik Wan masih lagi dalam keadaan terkejut dan ibarat kehilangan separuh jiwa kerana amat menyayangi isterinya. Buat masa ini dua anaknya masih belum diberitahu tentang kejadian itu," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, pihaknya sedang berusaha mengesan penjenayah terbabit.

“Suspek masih bersenjata dan kami harap orang ramai berhati-hati selain menyalurkan maklumat segera sekiranya bertemu lelaki terbabit,” katanya yang turut mengedarkan gambar suspek di lokasi kejadian kepada media.

Katanya, sehingga kini, pihaknya masih belum dapat memastikan jumlah wang dilarikan suspek dan berkemungkinan bernilai ratusan ribu ringgit.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK). Mayat mangsa juga dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat,” katanya.
-HM


Norazita Abu Talib Pegawai Bank Ditembak Mati Di Subang Jaya

Norazita Binti Abu Talib pegawai bank ditembak mati di Subang Jaya pada 23 Oktober 2013. Mangsa dilaporkan ditembak oleh pengawal keselamatan ketika sedang membuka bilik kebal untuk menyimpan duit dalam bank berkenaan.

Insiden berlaku pada pukul 6.30 petang di sebuah cawangan Ambank di USJ 2 Sentral, Subang Jaya.

Identiti pengawal keselamatan terbabit dikenali sebagai Ardi bin Hamza yang berasal dari Tawau Sabah.

Sebelum kejadian, mangsa telah memasuki bilik kebal bank bersama empat lagi pegawai bank serta suspek untuk menyimpan wang.

Namun suspek yang bersenjatakan ‘pump gun’ telah bertindak dengan melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa. Suspek kemudian melarikan diri dengan motosikal bersama sejumlah wang yang belum dapat dipastikan.
Norazita Binti Abu Talib (Mangsa)

Nama Penuh: Norazita Abu Talib
Umur: 37 Tahun
Pekerjaan: Pegawai Bank
Ardi bin Hamza (Suspek)

Nama Penuh: Ardi bin Hamza
Umur: 37 Tahun
Pekerjaan: Pengawal Keselamatan Ambank
Alamat: Jalan Apas Batu 2 No.70 Tawau Sabah



Gambar Pegawai Bank Ditembak Mati Di Subang Jaya




Gambar Norazita Abu Talib Dan Rakan Setugas Ambank


Gambar Keluarga Norazita Abu Talib

Thursday, 10 October 2013

Pegawai Khidmat Tadbir Sebagai Nama Baru Bagi Jawatan Pembantu Tadbir? N17 - N26

Cadangan Terbaru Cuepacs  Untuk Pembantu Tadbir N17-N26

  1. Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu nama jawatan Pembantu Tadbir diganti kepada Pegawai Khidmat Tadbir
  2. Naik gred seramai 65,000 pembantu tadbir itu di seluruh Malaysia
  3. Cuepacs merasakan Pembantu Tadbir merupakan tenaga pelaksana utama dalam perkhidmatan awam sama ada mereka berkhidmat di bawah kerajaan persekutuan, negeri, badan berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan dan Pembantu Tadbir tidak sewajarnya disebut sebagai Pembantu.
Nampaknya apabila gred meningkat, skop kerja kenalah lebih besar daripada skop kerja sekarang.
Ada yang mengatakan nama biar ada gaya, macam dulu-dulu nama pegawai. Kemudian tukar pada panggilan yang lebih hebat, Penolong Pengarah yang tasnya menjadi Timbalan Pengarah. Penuh dengan sesuatu jabatan dengan pengarah sahaja.
  • Andaikata Pembantu Tadbir gerd N17/22/26 dipanggil Pegawai Tadbir
  • Bagaimana pula dengan jawatan N27/32/36 yang sekarang di panggil Penolong Pegawai Tadbir
  • Cuepacs tidak mahu tukar penggilan jawatan mereka juga?
  • Mana mungkin gred bawah pegawai, atasnya pula adalah penolong
Beginilah, Berita Semasa ada sedikit cadangan, ada baiknya buat cara tentara bagi sektor awam.
  1. Mana-mana penjawat awam yang masuk bekerja pada umur 18 tahun contohnya hanya diberikan tempoh 10 tahun perkhidmatan.
  2. Jikalau mahu dilanjutkan tempoh perkhidmatan mestilah menghadiri kursus (diploma @ ijazah) untuk menaikkan gred masing-masing.
  3. Kemudian mana-mana pegawai yang mahu bersara awal, selepas 10 tahun baru layak menerima pencen
Bagaimana setuju? Apa pula respon balas penjawat awam mengenai cadangan terbaru Cuepacs ini?


kredit to beritaterkini.my

Friday, 4 October 2013

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Di Wujudkan Semula, ISA

SETELAH berbahas dan kemuncaknya malam tadi, akhirnya Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 diluluskan dengan suara majoriti penyokong kerajaan jam 12:50 tengah malam tadi.

Perbahasan rang undang-undang itu hangat dan memperlihatkan kedua-dua pihak pembangkang dan kerajaan saling mempertahankan pendirian dan pandangan masing-masing atas nawaitu untuk menjadikan rang undang-undang berkenaan murni dan benar-benar berimpkatif.

Pihak kerajaan yakin dan percaya rang undang-undang berkenaan tidak bersifat penganiayaan dan adil serta sangat penting untuk membasmi penjenayah berat di negara ini.

Manakala pihak pembangkang mempersoalkan rang undang-undang berkenaan sebagai hendak mengembalikan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan sebelum ini dalam bentuk baru. Pembangkang juga meragui rang undang berkenaan akan disalah-gunakan.

Walaupun jaminan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa ia tidak akan digunakan untuk tujuan politik tetapi pembangkang tetap meraguinya berdasarkan apa yang berlaku sebelum ini.

Semasa perwujudan akta ISA tahun 1959 dahulu, ada jaminan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Al Haj yang akta berkenaan akan digunakan untuk menangkap para subversif sahaja.

Tetapi apa yang berlaku jelas ia turut terheret kepada penahanan tanpa bicara terhadap ratusan ahli-ahli politik pembangkang termasuk juga para guru agama dan pondok.

Selain itu pembangkang berhujah rang undang-undang berkenaan juga bertentangan dengan Perlembagaan negara dibawah Artikel 149 perlembagaan negara. Pembangkang juga mempertikaikan kenapa sebelum ia dibentangkan ianya tidak bawa kepada peguam negara untuk diminta nasihat kerana cara itu adalah kehendak perlembagaan.

Hal ini dakwa pembangkang diakui sendiri oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail yang beliau tidak diberikan draf rang undang-undang berkenaan malahan Abdul Ghani dipetik berkata, dia sama sekali tidak bersetuju dengan rang undang-undang tersebut.

Bagaimana dakwaan pembangkang itu dinafikan oleh menteri, di mana katanya perkara itu tidak betul dan rang undang-undang itu telah dibawa kepada peguam negara dan pihak-pihak lain sebelum ianya dibawa ke Parlimen. Menurut menteri juga ia juga dibaa dalam forum untuk mendapat timba balik daripada orang ramai.

Dalam perhatian saya sessi perbahasan rang undang-undang ini baik diperingkat dasar atau jawatankuasa, hingga keperingkat hendak meluluskan, ia menggambarkan kesungguhan dan keprihatinan di pihak pembangkang bagi menjamin rang undang-undang berkenaan tidak bersifat kejam dan zalim. Hampir semua ahli parlimen dari kedua-dua pihak yang arif mengenai undang-undang mengambil bahagian dalam perbahasan.

Pendek kata rang undang-undang berkenaan dibahas secara lumat leat.

Walaupun disepanjang perbahasan itu ada wakil rakyat yang terbiasa dengan perangainya suka menyampuk dan mempersenda-sendkan di antara satu sama lain, namun keseluruhan sessi perbahasan itu menarik dan mempunyai kualiti sebagai ahli parlimen sewajarnya.

Malang sedikit hampir semua cadangan dan teguran pembangkang termasuk dalam soal-soal teknikal dan feudalmental, termasuk alasannya bertantangan dengan perlembagaan tidak dipedulikan oleh menteri KDN.

Semoga dengan lulusnya rang undang-undang berkenaan tujuan dan matlamat kerajaan untuk membenteras penjenayah berat akan tercapai. Kejadian tembak menembak yang menghantui rakyat Malaysia beberapa bulan lalu hendaknya akan dapat diatasi. Sehubungan itu juga indeks jenayah di negara ini akan menurun ke peringkat yang minimum dan munasabah.

Dari aspek lain, perbahasan dan kelulusan rang undang-undang berkenaan juga memberi markah yang besar kepada menterinya, Ahmad Zahid yang ketika ini sedang berdepan dengan pemilihan kepimpinan di dalam Umno.

Rang undang-undang itu sedikit sebanyak membantu beliau untuk mendapat perhatian para perwakilan Umno untuk mengekalkan kedudukan sebagai Naib Presiden Umno yang mendapat undi terbanyak.

Sudah pasti perwakilan akan melihat Ahmad Zahid seorang menteri yang komited dan serius untuk menangani jenayah dan beliau relatif lebih baik dari menteri KDN sebelum ini.

Dan bagi saya rang undang-undang baru itu walaupun ia tidak sama dengan ISA, tetapi dari segi semangat dan rohnya ia mewarisi akta dekronian berkenaan kerana elemen-elemen ketidakadilan masih kelihatan.

Sesuatu yang membingungkan saya kenapa dahulu Perdana Menteri beriya memansuhkan akta ISA dan akata penahanan kediaman tetapi hari ini membenarkan pula wujud akta baru yang hampir sama.

**kredit untuk SinarHarian

Thursday, 3 October 2013

KTM Duke 390 akan dilancarkan tahun 2014

Bagi peminat-peminat motorsikal, secara tak rasminya ada ura-ura mengatakan KTM DUKE 390 akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada tahun 2014.
Bagi peminat setia keluaran KTM, kemunculan keluaran baru ini adalah sangat dinantikan.
Masih mengekalkan reka bentuk yang sama seperti KTM DUKE 200, tapi enjin yang telah dijana dengan kuasa baru iaitu 373.2cc dengan kuasa kuda sebanyak 43HP dan ini sangat menakjubkan bagi sebuah motorsikal seberat 139kg ini... Lain-lain maklumat detail seperti tertera:

TECHNICAL DETAILS

ENGINE

Design 1-cylinder 4-stroke engine, water-cooled
Displacement 373.2 cm³
Bore 89 mm
Stroke 60 mm
Performance 32 kW (43 hp)
Starting aid Electric starter
Transmission 6 speed, claw shifted
Engine lubrication Forced oil lubrication with 2 Eaton pumps
Primary gear ratio 30:80
Secondary gear ratio 14:45
Cooling system Liquid cooling system, continuous circulation of cooling liquid with water pump
Clutch Wet multi-disc clutch / mechanically operated
Ignition system Contactless, controlled, fully electronic ignition system with digital ignition timing adjustment

CHASSIS

Frame Tubular space frame made from chrome molybdenum steel, powder-coated
Fork WP Suspension Up Side Down
Shock absorber WP Monoshock
Suspension travel Front 150 mm
Suspension travel Rear 150 mm
Brake system Front Disc brake with four-pot brake caliper
Brake system Rear Disc brake with one-pot brake caliper, floating brake discs
Brake discs - diameter Front 300 mm
Brake discs - diameter Rear 230 mm
Chain 5/8 x 1/4” (520) X‑Ring
Steering head angle 65°
Wheel base 1,367±15 mm
Ground clearance (unloaded) 170 mm
Seat height (unloaded) 800 mm
Total fuel tank capacity approx. 11 l
Unleaded premium fuel (95 RON)
Weight without fuel approx. 139 kg

untuk harga masih belum dapat dipastikan, namun seperti yang tertera harga sekitar RM2*,***
Jom kumpul beli ramai....hee

Wednesday, 2 October 2013

Toyota Vios 2013 Dilancarkan Pasaran Malaysia

Akhirnya yang ditunggu-tunggu telah tiba. Toyota Vios 2013 telah pun dilancarkan semalam. Bermula dengan harga RM73,200, Toyota Vios 2013 didatangkan dalam 5 varian untuk pilihan para pembeli.
Toyota Vios 2013  masih lagi mengekalkan engine berkapasiti 1.5Liter 1NZ-FE 4silinder dengan VVTI dengan 4 kelajuan bagi transmisi automatik manakala 5 kelajuan bagi transmisi manual. Toyota Vios baru ini juga bagaimanapun menawarkan penjimatan minyak petrol hampir 5 peratus dari model yang sebelumnya.
Didatangkan dengan 5 pilihan warna iaitu Mdium Silver Metallic, Silver Mettalic, Attitude Black, White dan Quartz Brown Metallic. Jaminan selama 3tahun atau 100,000KM.
Harga Toyota Vios 2013 diatas jalan termasuk insurans (Semenanjung Malaysia) adalah seperti berikut :
  • Toyota Vios 1.5 J (M) – RM73,200
  • Toyota Vios 1.5 J (A) – RM77,300
  • Toyota Vios 1.5 E – RM82,900
  • Toyota Vios 1.5 G – RM88,500
  • Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo – RM93,200

    Apa yang unik berkenaan model baru ini ialah tiada lagi paparan meter kelajuan di tengah dashboard seperti mana variasi vios terdahulu. Mempunyai start/stop butang untuk hidup dan matikan enjin, paparan Audio 2 din dgn gps, camera undur, 2 beg udara, sistem brek ABS + EBD dan untuk maklumat lanjut boleh refer website toyota Malaysia http://www.toyota.com.my/vios/#price_details

    thanks kredit gambar utk Paultan

Mr Bean Masuk Islam Selepas Tonton Movie Hina Islam

Alhamdulillah, bukan mudah seseorang nak peroleh hidayah....
Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya. (Ali-Imran: 54) 
Beberapa jaringan situs berita di jejaring sosial dan situs-situs lain pada hari Selasa (01/10/13) berbagi berita tentang keislaman komedian internasional Rowan Atkinson atau yang lebih dikenal Mr. Bean.
Pelawak terkenal Mr.Bean mengejutkan dunia keartisan dengan mengumumkan bahwa ia telah masuk Islam. 
Situs Shada Biladi mengutip perkataan Mr.Bean yang menjelaskan bahwa film yang melecehkan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam merupakan alasan utama yang mendorong dia untuk mengetahui Islam. Tanpa ragu, Mr Bean di channel media mengangkat satu jari mengisyaratkan syahadat.
Masih menurut situs itu, Syaikh Rasyid Al-Ghannushi mengirimkan pesan ucapan selamat kepada Mr Bean dan mendoakannya agar tetap istiqomah di atas kebenaran. Sebelumnya Syaikh Al-Ghannushi memiliki hubungan dengan Mr Bean di London. 
film yang melecehkan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam merupakan alasan utama yang mendorong dia untuk mengetahui Islam. Tanpa ragu, Mr Bean di channel media mengangkat satu jari mengisyaratkan syahadat.
Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya". (Ash-Shaaf 8)
Profil Rowan Sebastian Atkinson
Rowan lahir 6 Januari 1955, ia adalah seorang pelawak, pemeran, dan penulis Inggris, terkenal karena film seri televisi Blackadder dan Mr. BeanMenurut The Observer, ia adalah salah satu dari 50 orang terlucu di Inggris. Ia dilahirkan di Consett, County Durham pada 1955dari keluarga Eric Atkinson, seorang petani dan direktur perusahaan, dan istrinya Ella May (née Bambridge). Kakaknya adalah politikus Rodney Atkinson. 
Ia bersekolah di Durham Choristers School, kemudian St Bees School, dan mempelajari teknik elektro di Newcastle University. Ketika di sekolah, ia sekelas dengan mantan perdana menteri Tony Blair. Ia kemudian meraih gelar M.Sc. dari Queens College, Oxford.

Tuesday, 1 October 2013

BR1M 2014 tak perlu diteruskan, kata Dr M

PETALING JAYA - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu diteruskan dalam Belanjawan 2014, dan ini sekali gus mengurangkan kebergantungan rakyat kepada kerajaan.
  
Kerajaan sebaliknya perlu mencari jalan untuk melatih golongan kurang berkemampuan itu dengan sesuatu kebolehan supaya dapat menjadi sumber pendapatan mereka, katanya kepada pemberita selepas berucap di majlis Program Bicara Petang Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di sini hari ini.
  
"Sepatutnya dalam masyarakat kita, kita tak suka jadikan orang kita ini, orang yang selalu bergantung kepada kerajaan dan tak mahu membuat kerja.
  
"Apa yang kita dapat secara percuma tidak akan dihargai sebab itu walaupun banyak BR1M diberi," katanya sambil menambah: "Kalau betul-betul daif, miskin dan tak berupaya barulah boleh diberi bantuan."
  
Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai cadangannya untuk Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 25 Oktober ini.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata ekonomi negara dijangka tidak akan mengalami kesan yang besar akibat penutupan operasi kerajaan Amerika Syarikat, ini kerana perdagangan dua hala antara kedua-dua buah negara kini semakin berkurangan.
  
Beliau berkata jumlah dagangan negara tidak bergantung sepenuhnya dengan ekonomi Amerika Syarikat, kecuali ia terjadi di masa yang lepas.
  
"Kesannya sedikit sebanyak ada, tetapi kita bukan berdagang semuanya dengan Amerika Syarikat," katanya.
  
Dr Mahathir berkata jumlah perdagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat mencapai 20 peratus satu masa dahulu tetapi sekarang sudah merosot kerana kemampuan membeli di Amerika Syarikat telah berkurangan.
  
Operasi kerajaan Amerika Syarikat terpaksa dihentikan selepas Kongres menolak pelan kesihatan yang dibawa Presiden Barack Obama. - Bernama