Artikel itu dikongsikan melalui twitter sebanyak 86 kali.
Peliknya, komen yang diterima melalui
artikel itu banyak yang membela dua remaja lelaki dengan alasan mereka
mahu bergurau, itu adalah mereka hanya mahu ‘membuli’ kucing peliharaan
mereka dan ia bukan satu kekejaman.
Ada komen mengatakan sebenarnya penutup
balang itu longgar, jika kucing itu tegakkan kepala ia akan terbuka.
Kalau macam itu, apa kata anda diperlakukan begitu hanya untuk beberapa
minit untuk bergambar, bukannya mahu menyeksa tetapi hanya mahu
‘membuli’ anda.

Sesekali, tidak dapat difahami para
pembaca blog ini yang pada kes tertentu membela haiwan seperti merekalah
pakar haiwan, pada tertentu merekalah yang membela aksi kejam dan ganas
seperti ini.
Apapun melalui laman web dailychilli.com
seorang pengguna Facebook dengan nama Ai Knowl mengaku merupakan antara
seorang yang memperlakukan kucing itu sedemikian.
“Saya mengambil foto itu hanya bertujuan
sebagai gurauan,” katanya bangga apabila gambar itu mendapat 251 likes
selepas dikongsikan.
Remaja itu yang tinggl di Johor Bharu memberi jaminan kepada orang ramai bahawa anak kucing itu masih hidup.

“Esok, saya akan memuatnaik beberapa keping foto dan video yang menunjukkan kucing itu masih hidup, jangan risau,” katanya.
Kenapa esok? para pengguna internet
mahukan bukti segera. Salah seorang pengguna laman sosial Mohamad Azuan
berkata Ai Knowl sepatutnya diletakkan di dalam botol seperti mana yang
diperlakukan ke atas kucing itu.
Seorang pengguna internet bernama Lynn Valentine pula berkata, beliau tidak menerima permohonan maaf remaja keji itu.
“Saya tidak boleh menerima permohonan maaf anda,” katanya.
Pengguna internet telah pun melaporkan
perbuatan keji mereka kepada Persatuan Pencegahan Keganasan Terhadap
Haiwan (SPCA) untuk tindakan lanjut.
Sementara Pengasas laman Facebook
Malaysian Crime Awareneness Campain Mark Soh berkata, beliau telah
membuat laporan kepada SPCA selepas melihat dua foto kontroversi itu.
“Ia adalah satu perbuatan berupa
kekejaman ke atas haiwan dan saya berharap pihak berkuasa akan mengambil
tindakan ke atas mereka,” katanya yang turut membuat laporan kepada
Jabatan Perkhidmatan Veterinar berkaitan kes itu.
Jika diambil tindakan, kedua-dua remaja itu boleh didenda RM200 kerana kesalahan melakukan kekejaman ke atas haiwan.
No comments:
Post a Comment