Monday, 30 September 2013

Kadar bayaran parkir kereta di KL akan dinaikkan kepada rm40 sejam?

Harga meletakkan kereta bandaraya Kuala Lumpur patut dinaikkan sehingga RM40 sejam dengan tujuan mengurangkan kesesakan lalulintas di dalam bandar, demikian cadangan seorang Ahli Jawatankuasa Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Khairiah Mohd Talha.
Menurut laporan laman web btimes.com.my hari ini, beliau berkata harga parkir sepatutnya dinaikkan untuk menggalakkan orang ramai meninggalkan kenderaan mereka di rumah dan menggunakan sistem pengangkutan awam untuk pergi ke tempat kerja.
Menurutnya, sistem itu terbukti berjaya di beberapa negara lain yang melaksanakannya.
Beliau mengambil contoh Australia dan Singapura yang mengenakan caj masing-masing RM120 DAN RM100 sejam dan Amerika Syarikat dengan caj RM130 sejam berjaya mengurangkan kesesakan trafik.
Menurut beliau kadar harga letak kereta yang tinggi juga akan mengurangkan kadar pengeluaran karbon di dalam bandar untuk mewujudkan suasana udara yang lebih bersih.
Beliau membuat cadangan itu pada satu Persidangan Lebuh Raya di Johor baru-baru ini.
Khairiah berkata selain itu satu pelan strategik berkaitan pengangkutan perlu diperkenalkan terlebih dahulu sebelum mengenakan caj berkenaan.
“Pelan strategik itu perlu memberi fokus kepada kepentingan orang ramai dan bukan entiti perniagaan,” katanya.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini sedang mengkaji keperluan kawasan letak kereta di Kuala Lumpur khasnya kawasan yang mempunyai akses kepada sistem pengangkutan awam.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata kajian turut melibatkan keperluan mengurangkan kawasan letak kereta jika bilangan sistem pengangkutan awam meningkat.
Ketika ini, populasi warga Kuala Lumpur ialah 6 juta orang dan ia bakal bertambah kepada 10 juta orang menjelang tahun 2020.

Kontroversi 2 budak seksa kucing dalam balang mohon maaf

Pada 26 September lalu, satu artikel berkaitan dua remaja lelaki yang keji menyeksa seekor anak kucing dengan meletakkannya di dalam sebuah balang kemudian diambil gambarnya.
Artikel itu dikongsikan melalui twitter sebanyak 86 kali.
Peliknya, komen yang diterima melalui artikel itu banyak yang membela dua remaja lelaki dengan alasan mereka mahu bergurau, itu adalah mereka hanya mahu ‘membuli’ kucing peliharaan mereka dan ia bukan satu kekejaman.
Ada komen mengatakan sebenarnya penutup balang itu longgar, jika kucing itu tegakkan kepala ia akan terbuka. Kalau macam itu, apa kata anda diperlakukan begitu hanya untuk beberapa minit untuk bergambar, bukannya mahu menyeksa tetapi hanya mahu ‘membuli’ anda.
Komen-bulikucing
Sesekali, tidak dapat difahami para pembaca blog ini yang pada kes tertentu membela haiwan seperti merekalah pakar haiwan, pada tertentu merekalah yang membela aksi kejam dan ganas seperti ini.
Apapun melalui laman web dailychilli.com seorang pengguna Facebook dengan nama Ai Knowl mengaku merupakan antara seorang yang memperlakukan kucing itu sedemikian.
“Saya mengambil foto itu hanya bertujuan sebagai gurauan,” katanya bangga apabila gambar itu mendapat 251 likes selepas dikongsikan.
Remaja itu yang tinggl di Johor Bharu memberi jaminan kepada orang ramai bahawa anak kucing itu masih hidup.
kucinghidup-MaafAiKnowl
“Esok, saya akan memuatnaik beberapa keping foto dan video yang menunjukkan kucing itu masih hidup, jangan risau,” katanya.
Kenapa esok? para pengguna internet mahukan bukti segera. Salah seorang pengguna laman sosial Mohamad Azuan berkata Ai Knowl sepatutnya diletakkan di dalam botol seperti mana yang diperlakukan ke atas kucing itu.
Seorang pengguna internet bernama Lynn Valentine pula berkata, beliau tidak menerima permohonan maaf remaja keji itu.
“Saya tidak boleh menerima permohonan maaf anda,” katanya.
Pengguna internet telah pun melaporkan perbuatan keji mereka kepada Persatuan Pencegahan Keganasan Terhadap Haiwan (SPCA) untuk tindakan lanjut.
Sementara Pengasas laman Facebook Malaysian Crime Awareneness Campain Mark Soh berkata, beliau telah membuat laporan kepada SPCA selepas melihat dua foto kontroversi itu.
“Ia adalah satu perbuatan berupa kekejaman ke atas haiwan dan saya berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan ke atas mereka,” katanya yang turut membuat laporan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar berkaitan kes itu.
Jika diambil tindakan, kedua-dua remaja itu boleh didenda RM200 kerana kesalahan melakukan kekejaman ke atas haiwan.

Penjelasan Daripada Isteri Mat YO


Serahkan kepada peguam?
Untuk apa? SAMAN? Nak saman sapa? Pak Guard tue? Atau nak saman pihak2 yang sebarkan video dia? Atau nak saman pihak2 yang mengutuk dia secara berjemaah kat media internet?
Rujuk kata2 dia yang dipetik dari harian metro ;
“Saya sudah serahkan kes ini kepada polis dan atas nasihat peguam, saya tidak boleh buat apa-apa komen.” Itu kata Siti Aisya Adam, 24, isteri penyerang bola sepak kebangsaan Nor Shahrul Idlan Talaha, 27, atau lebih mesra dengan panggilan Mat Yo.
Bahkan harian metro turut mengesahkan bahawa bini matyo enggan memberi apa2 kenyataan samada dia terlibat atau tidak dalam isu penyebaran video pergaduhan tersebut di laman sosial..
Rujuk ;
Ketika ditanya kepada Siti Aisya, sama ada dia memuat naik rakaman video pertengkaran itu ke Internet, dia enggan mengakui atau menafikannya.
Heheheh… Apsal dia taknak respon mengenai perkara itu pula? Kalau ko tak buat mesti ko mengaku terus terang punya yang ko tak buat kan. Ini sebab ko buat tapi ko taknak mengaku ko buat je. Inila yang orang ramai akan fikirkan nanti. Tak caya ko tengok la respon orang ramai bila depa baca penjelasan ko tue..
Apa pun aku harap bini matyo tak berlebih-lebihan dengan bawa kes neh ke mahkamah. Jangan la disaman pakcik tue. Sedih aku tengok luahan pakcik tue. Dia kan ;
1. Dah minta maaf.
2. Rendahkan diri sendiri untuk buat permohonan maaf secara terbuka.
3. Minta jangan disaman.
4. Dia orang susah yang cari rezeki ikhlas untuk sara keluarga
Kalau nak di ikutkan apa sebab yang pak guard tue nak kena minta maaf? Dia ada buat salah ke? Yang kena maki dia, yang kena marah pun dia, yang kena rakam dalam video pun dia, yang kena teranjang pun dia. Dia cuma jalankan tugas sebab itu memang tugas dia. Sudah la menipu, mengaku sebagai kaum kerabat pula tue, memaki hamun orang tua, upload video kat internet untuk malukan pakcik tue.. alih2 pakcik tue pula yang bakal disaman?
Bukan saja pakcik tue yang perlu berhati2. Bahkan sesiapa yang mengulas isu ini juga perlu berhati2. Silap2 habis korang semua kena saman. Tengok muka dia pun dah tahu. MENAKUTKAN BEB.
HAHAHAHA..

Wednesday, 25 September 2013

Kapcai Injection Malaysia Modenas 118 EFI vs Yamaha 115 EFI


Modenas 118EFI yang merupakan motosikal pertama keluarannya di bawah 150 cc yang menggunakan teknologi Electronic Fuel Injection. Rekaan model ini hampir sama dengan Modenas CT110/100, yang membezakannya cuma enjin yang lebih besar.
Modenas 18FI boleh mencapai jarak 59km untuk setiap liter petrol, hampir 312.7km untuk setangki penuhnya yang berkapasiti 5.3 liter. Modenas 118EFI dijual pada harga yang sangat berpatutan RM4775.40 dan pastinya model ini bakal menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Yamaha Lagenda 115Z/ZR EFI ditawarkan dengan harga RM5,168 dan masih belum dapat pengesahan mengenai berapa KM yang dapat dengan setangki penuh. Namun dari segi spesifikasi atas kertas memang kuasa enjin yang dihasilkan oleh yamaha lagenda 115efi ini lebih menarik berbanding keluaran Modenas.
Tahniah untuk kedua pengeluar motorsikal yang menawarkan teknologi yang semakin maju untuk pasaran motorsikal bawah 150cc.


Tuesday, 24 September 2013

Kawasaki Z250 2013 Spesifikasi Dan Harga Pasaran Malaysia

 Kawasaki Z250 2013

 

Kawasaki telah memperkenalkan sebuah jentera baru dengan berkonsepkan Karakter sejati street-fighter, dinamik, agresif dan berkelas, menggabungkan konsep Z1000 dan Z800, Kawasaki Z250 menggunakan  platform New Ninja 250 dan  mesin Fuel Injection 250cc. Rekabentuknya  mengikuti kehendak peminat-peminat dan rider diatas jalan raya dengan badan yang lebih tegap dan tampak bergaya. Harga tak rasmi RM 21,589.00


Spesifikasi Enjin Kawasaki Z250 :

  • Engine type: 4-stroke liquid-cooled Parallel Twin
  • Engine capacity: 249 cc
  • Bore x stroke: 62 x 41.2 mm
  • Comparison ratio: 11.3: 1
  • Valve system: DOHC, 8 valve
  • Fuel system: Fuel injection with dual throttle valves
  • System starter: Electric
  • Transmission: 6 speed
  • Peak power: 32 PS / 11,000 rpm
  • Peak torque: 21.0 Nm / 10,000 rpm
  • Type of order: Tube diamond, steel
  • Rake / Trail: 26/82 mm
  • Suspension, front: 317 mm telescopic fork
  • Suspension, rear: Bottom-link Uni-Track with gas-charged shock and 5-way adjustable pre-load
  • Tires front / rear: 110/70-17 M / C (54s), 140/70-17 M / C (66S)
  • Brakes, front: Single 290 mm petal disc with dual-piston caliper
  • Brakes, rear: Single 220 mm petal disc with dual-piston caliper
  • L x W x H: 2.010 x 750 x 1025 mm
  • Wheel Wheelbase: 1,400 mm
  • Seat height: 785 mm
  • Tank capacity: 17L
  • Weight: 168 kg


Pejam celik pejam celik.. oHh kisah hidupku =)

Assalamualaikum.., tetiba rasa nak menulis lak huhuhu... ok dalam gambar kat atas tu yang baget macho adalah aku... hehe dan sebelah tu kawan aku la... kitorang kenal pun secara tak sengaja dekat satu ekspo pameran anjuran tv3. masa tu aku baru lepas SPM hahaha mudakan... dan dia masih lagi bersekolah.  tapi sepanjang berkawan tu kami selalu keluar secara kumpulan turun main bowling ramai2x dan macam2x aktiviti la...
Dan yang paling dahsyat kitorang penah gaduh besar sampai lost contact 2 tahun jugak lamanya.. nak dijadikan cerita jumpa di port temuduga kerja dan masa tu la tegur menegur semula. Dipendekkan cerita aku dah berkerjaya di perantauan dan dia sambung belajar. So selalu la berbalas msj tanya perkembangan masing-masing. Sampai satu tahap dah ada suasana saling memerlukan satu sama lain. hahahaha tak sangka plak orang yang paling kita tak suka sampai satu tahap kita sayang plak.. kalau nak cerita lebih memang boleh buka novel kisah kitorang ni =) dan sangat tak diduga tetiba boleh jadi percintaan jarak jauh walhal selama beberapa tahun senegeri takda plak timbul hal macam tu. kawan-kawan lain pun terkejut beruk la jugak bila dapat tahu kitorang bercinta. Dalam gambar sebelah tu gambar cincin couple kitorang..hee cantik tak?
Ok ni gambar kitorang masa dah couple... masa ni umur dah 20an... dah tua dah huhuhu... Alhamdulilah dipendekkan cerita, 2 tahun lebih menyelami hati masing-masing akhirnya kitorang ikat tali pertunangan dan berkahwin. Alhamdulilah... Allah S.W.T menyusun atur semuanya buat kami sehingga ke alam pernikahan. Ya Allah, padamu ku pohon rahmatilah kami , kurniakan kebahagiaan buat kami sehingga ke akhir hayat..amin =)

Alhamdulilah..setiap pernikahan semua pastikan impikan cahaya mata sebagai penyeri hidup bersama...
Setahun berkahwin akhirnya kami dikurniakan cahaya mata pertama, Wafa Nur Thahirah nama diberi.. Alhamdulilah aku dah jadi ayah...  Bila kenang semula semuanya yang berlalu... memang bagaikan tak percaya... Ya Allah kurniakan kami daripada pasangan-pasangan hidup kami dan zuriat-zuriat kami apa saja yang menyejukkan mata kami dan jadikanlah kami sebagai ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Amin...
 Ayah dan Umi sayang Wafa =)

Monday, 23 September 2013

Proton Exora Bold Premium CFE (Turbo)

Salam... saja nak kongsi pengalaman dengan kereta mpv Malaysia yang pertama ni...
sebenarnya mpv yang bernama exora ni dah lama....dah 4 tahun semenjak di lancarkan pada tahun 2009.
masa di keluarkan tu macam-macam tomahan dari pengkritik-pengkritik sukarela =) lebih-lebih lagi bila kuasa yang diberikan untuk menggerakan mpv seberat 1,486 kg ni dengan enjin Campro CPS 1.6 (rujuk spesifikasi di bawah)
  
Exora CPS Specifications
Powertrain & Performance
Engine CamPro CPS, 4 Cylinder, DOHC 16V
Maximum Speed (km/h) 170 km/h (106 mph)
Acceleration 0–100 km/h (sec) 12.9 seconds (Manual)
Maximum Output hp(kW)/rpm 125 hp (93 kW) / 6,500 rpm
Maximum Torque (Nm/rpm) 150 N·m (111 lb·ft) / 4,500 rpm
Full tank capacity (Litre) 55
Tyres & Rims 195 / 65 R15, Alloy, Steel
Chassis
Power Steering Hydraulic Power Steering
Suspension (Front/Rear) MacPherson Strut/Torsion Beam
Brake (Front/Rear) Disc/Drum

So cuba bayangkan kalau Mpv ni dinaiki oleh 7 orang dewasa dan menaiki kawasan tanah tinggi =)
Tiada masalah sebenarnya... dengar mulut orang dari cuba sendiri memang tu dah tabiat orang kita...
dah berapa banyak exora menaiki Genting Highlands dan Cameron Highland takda plak masalah mendaki... nak kata underpower tu memang la... tapi tak da la macam lori merangkak pelahan-lahan tu... enjin meraung?? dah memang tu terkenal dengan enjin campro ciptaan proton sendiri... sound profing kena lebih perkemas yer encik Proton..

Ok berbalik kepada tajuk asal yer... sebenarnya family saya sendiri telah pun memiliki mpv keluaran proton ni.. cuma yang kami beli ni versi yang dah di tambah baik setelah proton mendengar feedback dari orang ramai dengan mpv yang dikeluarkan mereka setelah 2 tahun masa berlalu. Hujung tahun 2011 akhirnya proton telah melancarkan Proton Exora yang telah dikemaskini dengan enjin baharu dan juga rupa luaran dan dalaman yang lebih menarik. Terdapat 2 versi yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan iaitu Proton Exora Bold Prime dan juga Proton Exora Bold Premium masing-masing yang menggunakan tenaga enjin baharu yang berkuasakan TURBO! Ada sesiapa lagi yang masih mempertikaikan lagi dengan prestasi yang dikatakan underpower sebelum ini?? Mungkin anda kategori gila kuasa....
Untuk model Prime, mpv ini dikhususkan sebagai mpv eksekutif yang mana faktor dalamanya yang lebih mewah berbanding dengan model Premium. Exora Prime didatangkan dengan satu pilihan warna sahaja iaitu Absolute Brown. Bahagian dalamanya dilengkapi dengan keseluruhan kemasan kulit bagi menampakkan kemewahannya dan yang pasti model ini hanya direka untuk 6 penumpang sahaja berbanding 7 penumpang untuk model Exora yang lain. Terdapat 3 LCD tv yang di sediakan untuk kemudahan multimedia penumpang iaitu di hadapan panel dashboard dan 2 di belakang 'head rest' penumpang hadapan dan beberapa lagi ciri tambahan khas.












Untuk kereta familyku, kami memilih model Exora Bold Premium sahaja yang sesuai dengan baget kewangan ("_,) Alhamdulilah... kereta familyku dikeluarkan  bulan April 2013. Alhamdulilah kami semua berpuas hati dengan kuasa enjin Turbo yang dibekalkan dari Proton (spesifikasi enjin CFE seperti dibawah)
Exora CFE Specifications
Powertrain & Performance
Engine
CamPro CFE, 4 Cylinder, DOHC 16V
Maximum Speed (km/h)
185 km/h (115 mph)
Acceleration 0–100 km/h (sec)
11.3 seconds
Maximum Output hp(kW)/rpm
138 hp (103 kW) / 5,000 rpm
Maximum Torque (Nm/rpm)
205 N·m (151 lb·ft) / 2,000 ~ 4,000 rpm
Full tank capacity (Litre)
55
Tyres & Rims
205 / 55 R16, Alloy / Wheel caps
Chassis
Power Steering
Hydraulic Power Steering
Suspension (Front/Rear)
MacPherson Strut/Torsion Beam
Brake (Front/Rear)
Disc/Disc
Kelebihan-kelebihan  yang ada pada Proton Exora yang banyak orang tidak tahu ialah cirri-ciri keselamatan yang ditawarkan iaitu Ride & Handling @ Lotus Handling yang semestinya tidak terlepas dari mana-mana kereta keluaran Proton. Walaupun MPV, namun ciri-ciri pemanduan tetap di tala khas bagi pemanduan yang meyakinkan dikala di selekoh-selekoh ataupun ketika memecut laju. Proton Exora dilengkapi dengan 2 beg udara hadapan dan juga sistem brek ABS dan EBD yang memastikan cengkaman brek dapat diagihkan dengan betul di saat memerlukan. MPV dengan kuasa CFE ini dilengkapi dengan 4 brek dics berbanding model exora cps yang hanya 2 dics brek hadapan dan drum di belakang.
Proton Exora juga dilengkapi dengan Body Control Module (BCM) iaitu teknologi yang banyak terdapat pada kereta-kereta eropah. Antaranya ialah:

1. Immobilizer System – Kunci transmitter yang sah sahaja dapat menghidupkan enjin Exora. Terdapat alat penerima (receiver) khas di dalam silinder kunci kenderaan. (Ciri ini juga terdapat dalam model-model lain.)
2. Transmitter Battery Indicator – Penunjuk aras bateri transmitter terdapat pada panel meter untuk kemudahan pemandu mengetahui kadar kekuatan bateri transmitter.
3. Vehicle Search – Tekan butang “Lock” sebanyak 2 kali, dan semua lampu signal akan berkelip 3 kali beserta bunyi “Beep” akan kedengaran untuk membantu mengesan lokasi kenderaan anda. (Sesuai untuk mereka yang selalu lupa mana parking kereta, pastu kecoh kata kete hilang)
4. Driver Door Unlock – Untuk membuka kunci pintu pemandu dahulu diikuti pintu-pintu yang lain. (Mungkin sesuai untuk mereka yang ada anak-anak kecik kot)
5. Actuator Heat Protection – Punat pintu akan terhalang secara automatik selepas suis kunci dibuka/tutup sebanyak 30 kali secara berterusan. Ia akan kembali normal selepas 20 saat. (Sistem anti-pencuri, macam kita salah key in password kt windows log on screen)
6. Vehicle Door Ajar Reminder – Untuk pintu upemandu & penumpang  yang tidak ditutp dengan sempurna, ‘Door Actuator’ akan terbuka semula apabila transmitter digunakan untuk mengunci tanpa bunyi amaran “Beep”. Untuk pintu belakang (bonet) & hood enjin yang tidak ditutp dengan sempurna pada masa transmitter di tekan (lock), akan kedengaran bunyi “Beep” sebanyak 5 kali dan kenderaan akan dikunci semula secara automatik selepas 10 saat.
7. Alarm History – Simbol pintu renggang (Door Ajar Indicator) akan berkelip-kelip pada panel meter untuk menunjukkan bahawa terdapat cubaan pencerobohan pada pintu-pintu, bonet & hood.
8. Courtesy Room Lamp – Lampu enjin akan menyala selama 30 saat selepas enjin dimatikan. (Ni stendet dah skang)
9. Room Lamp Auto Dimming – Keterangan lampu dalaman kereta akan bertambah atau berkurangan secara automatik berdasarkan kecerahan kawasan.
10. Battery Saver – Kesemua lampu kabin yang dibiarkan menyala untuk tempoh yang lama akan terpadam secara automatik selepas beroperasi lebih dari 20 minit.
11. Follow Home Lamp – Lampu hadapan kereta akan menyala selama 30 saat untuk membantu pemandu membuka kunci rumah dalam kegelapan pada waktu malam. Suis lampu perlulah dihidupkan kemudian dimatikan serta merta dalam tempoh 10 minit selepas enjin dimatikan.
12. Intermittent Wiper – Kelajuan selaan motor wiper dapat diprogram dari 2 – 25 saat. (Default: 4.5 saat)
13. Drip Wiping – Secara Automatik akan mengelap lelehan air yang berlebihan sebanyak sekali dalam masa 5 saat sekiranya pencuci cermin digunakan.
14. Auto Rear Wiper – Wiper cermin belakang akan berfungsi secara automatik apabila gear undur diaktifkan. (Aku tak pasti samada air pembersih cermin akan keluar sekali ke tak, sebab mengaktifkan wiper pada cermin yg panas & kering akan merosakkan wiper)
15. Speed Sensitive Wiper Operation – Kelajuan wiper akan berkurangan secara langsung apabila kelajuan kenderaan juga berkurang atau berhenti pada lampu isyarat. Ini membantu memanjangkan jangka hayat wiper.
16. Hazard Deceleration – Lampu kecemasan akan menyala sekiranya terdapat aktiviti brek mengejut atau kecemasan apabila kenderaan bergerak lebih dari 96km/h. (Really helpful in highway. Aku kene buat secara manual)
17. Lane Changing Assist – Dengan hanya sekali sentuhan ringan pada suis signal, lampu signal akan menyala sebanyak 5 kali. (Sesuai untuk pemandu-pemandu di Pasir Gudang & kaki Wangan atas highway)
18. Crash Unlock – Sekiranya berlaku kemalangan sehingga menyebabkan beg udara diaktifkan, kesemua kunci pintu akan terbuka & lampu kecemasan akan diaktifan secara automatik.
19. Speed Auto Lock – Pintu akan terkunci secara automatik sekiranya kenderaan bergerak pada kelajuan 20km/h. Bunyi “Beep” akan kedengaran sekiranya pintu tidak ditutup dengan rapat pada kelajuan 7km/h.
20. Auto Door Unlock – Semua kunci pintu hanya akan terbuka apabila kunci ditarik keluar daripada silinder kunci. Kesemua pintu tidak boleh dikunci sekiranya pintu hadapan tidak ditutup sepenuhnya
Alhamdulilah… banyak ni sajalah yang dapat dikongsikan bersama untuk tatapan bersama.. so far sangat berpuas hati… Bye hee…vrooOmm Kepish kepish..(bunyi turbo)

Pada yang masih ragu-ragu dengan keselamatan Proton Exora, untuk makluman ujian pelanggaran yang dibuat oleh ANCAP, Proton Exora meraih 4 bintang daripada 5 bintang. rujuk website http://www.ancap.com.au/crashtestrecord?Id=539 untuk maklumat lanjut. Honda Accord kebanggaan orang Malaysia kita pun 4 bintang jugak hehehe http://www.ancap.com.au/crashtestrecord?Id=537
so support la buatan Malaysia...