Thursday, 7 October 2010

Rahsia Dunia Lelaki Yang Berbeza Dari Wanita

Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan
menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki
sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan
bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka:
Hidup lelaki lebih mudah

Lelaki
lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki
sukar untuk memahamijika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk
kiasa oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham.
Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang
mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai
sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

Bahasa lelaki adalah berlainan

Lelaki
bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan
wanitasukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari
kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada
apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih
baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan
berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa
hatinya dalam bentuk kata-kata.

Lelaki suka membisu

Wanita
berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan
mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi
lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

Lelaki tidak kompleks

Jika
terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu
wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita
harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti
lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita
selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak
lelaki adalah mudah.

Jangan paksa lelaki

Bila
wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan
mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah
adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi.
Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki,
matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada
kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa
itu fikirannya sedang kacau.

Lelaki berahsia dengan lelaki lain

Tidak
sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang
dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya
dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi
mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki
memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.

Lelaki pentingkan kejujuran

Sepertimana
wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang
kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang
dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara
mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting
bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia
rumahtangganya.

Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan

Wanita
sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan
lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar
kita lebih memahaminya.

Lelaki tidak suka dikritik

Jangan
mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikan
lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan.
Mengkritik di belakannya, contohnya kepada saudara atau rakannya,
mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa
marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya.

Cara
baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara
lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita.
Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti.
Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat.

Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.

Lelaki juga mahukan sokongan

Bila
lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus
memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan
keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: "saya
cintakan abang.." atau "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama
abang…"

Lelaki dan ego

Ramai lelaki
menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di dalam kerka dan kedua di
ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi
sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya.

Wanita
yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu.
Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan
dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda
mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan
setipa orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang
dicintainya.

Lelaki mesra tanpa beremosi

Antara
perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk
dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya
jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir.
Ianya bukan satu proses sahaja.