Tuesday, 1 April 2014

Fungsi Sky Box

Review Fungsi Sky Box


Gadget ini merupakan receiver kepada siaran percuma (FTA) & berbayar,
Dreambox, Openbox, Skybox dan berbagai  jenama sewaktunya berada di pasaran akan tetapi fungsi tetap sama iaitu menterjemahkan signal TV dan Radio dari satellite yang anda inginkan. 
Untuk pengetahuan ,peralatan yang diperlukan meneriman siaran adalah seperti berikut.:-
                                                                                             Decoder
                                                 Set yang disediakan oleh pihak pembekal


Pengunaan "Broadband" dan jika anda mengunakan streamyx konsepnya sama cuma beza pada kabel tel.shj.
                                                       Semudah membaca ABCDEFG....
 1)1-Dish astro untuk siaran Truevision-(utk mereka yg minat  tgk selain drp channel astro)
2) 1-Dish astro untuk siaran Astro
3) 1- decoder unit (dreambox/openbox etc)
4) 1- Internet line (streamyx/broadband/P1) dimaklumkan 384kbps ok.
5) 1- C-line (server sharing account) pihak pembekal sediakan.
6) 1 –TV (WAJIB ada)
Piring ini wajib ada jika ingin melangani ‘pakej’ yg disediakan oleh pihak pembekal.
Terdapat 2 cara biasa diamalkan oleh”pembekal siaran murah.
1-Pakej decoder dgn "sewaan" selama 6 bulan.
2-Pakej decoder dgn “sewaan” selama setahun.
Walau bagaimana pun ia tetap lebih murah jika di bandingkan dgn pakej pihak Astro berikan kpd pelanggannya.
Contoh harga pihak pembekal.
Selepas tamat 6 bulan/1 tahun yg pertama itu, maka anda hendaklah melanggan 6 bulan/ 1 tahun berikutnya utk tengok siaran. Pembekal akan maklumkan  seminggu sebelum 6 bulan /1 tahun pertama anda tamat, @ tarikh tamat akan diberikan semasa penyerahan openbox kpd anda dan anda hendaklah membayar kepada pembekal RM210 (jatuh RM35 sebulan) utk  dapatkan access 6 bulan berikutnya dan RM300 utk setahun (jatuh RM25 setahun).

Siaran yg disediakan sama seperti Astro cuma tiada siaran HD shj.

TV Malaysia:
TV1, TV2, TV3, NTV7,TV AlHijrah, TV9, 8TV

Astro Family:
Astro Ria, Astro Prima, Astro OASIS, Zee Variasi, Astro@15, ART,i130, TVi, Astro Vaanavil, Astro Vellithirai, Makkal TV, Astro AEC, iVIEW, Jia Yu, Astro Xiao Tai Yang, CCTV4, KBS World, Astro Awani, Bernama TV, CCTV News, Nat Geo Wild, Astro Tutor TV UPSR, Astro TVIQ, Astro Ceria, AXN, DIVA Universal, Asian Food Channel, Astro HITZ, TLC, Astro Arena

Sports:
Astro SuperSport, ESPN, STAR Sports, Eurosport, Golf Channel, Astro SuperSport 2, Astro SuperSport 3, ESPNews

Movies:
HBO Asia, MAX, Fox Movies Premium

Mustika:
Astro Citra, Astro Warna, Astro Bella

Indopek:
Bintang, Pelangi

Kids:
Nickelodeon, Disney Junior, Disney, Cartoon Network

Learning:
Discovery Channel, National Geographic, Discovery Science, History Channel, Animal Planet

Variety:
FOX, STAR WORLD, E! Entertainment, MTV Asia, Animax

Metro:
The Biography Channel, Crime & Investigation, Discovery Home & Health, Discovery Turbo

News:
CNN, BBC World, Al Jazeera English, CNBC Asia, Bloomberg, Australia Network

Astro Box Office:
Astro Box Office Movies Thangathirai, Astro Box Office Movies Tayangan Hebat!

Celestial Movies:
Celestial Movies

Preview:
ITV Granada

Special Interest:
Baby TV
Kena saman tak?
Untuk pengetahuan, Dreambox dan OpenBox ni macam komputer juga ada memori ada motherboard dan lain-lain. Ia bukanlah 100% TV satelit yg hanya guna piring tertentu, tetapi dia memerlukan sambungan LAN dari modem. Jadi dari sudut ini ia tidaklah menyalahi akta. Ibarat kata melihat TV online di Internet. Bezanya DreamBox dan OpenBox direka khusus utk menarik line internet direct ke sambungan piring utk dapatkan siaran televisyen tertentu.
Saya pakai "berok ban" ok ke..
Internet berfungsi utk dapatkan cline, iaitu dapatkan siaran daripada Card yang disharing di server. Jadi internet just untuk pass through sahaja..internet digunakan beberapa kbps sahaja bagi setiap saat. Jadi ia tak makan bandwitch internet broadband/streamyx yg kita langgan.

Router kena selalu on utk dapatkan siaran di TV.. Jika anda tutup tv, maka anda boleh tutup router. Jika anda nak tgk tv, maka anda kena pasang router. Itu sahaja caranya.


FYI, Dreambox / Openbox  ini ala-ala komputer  ‘sikap’nya sbb ada memori adamotherboard dan lain-lain. segala installation dan setting akan disediakan oleh pihak pembekal anda Cuma  tengok shj, tak perlu setting ,bak kata org “plug and play”.

Jika anda  hanya ada satu  astro dish shj maka anda hanya boleh tengok siaran astro aje..akan tetapi hendak sgt tengok siaran Truevision, anda kenalah cari lagi satu astro dish dan pasangkat luar rumah.(Amaran jgn curi hak orang lain “DOSA” tau. 

Dan satu lagi, saya hanya memaklumkan apa yg saya nampak dlm blog,berbual dgn pihak pembekal serta mencari info dalam web berkenaan “Siaran murah” ini selebihnya anda tanya lah pihak berkenaan kerana saya bukan pembekal Gadget ini.

****Pengesahan dan jaminan drp pihak pembekal kpd pembeli..

"sekadar pencerahan buat pelanggan-pelanggan skybox.seperti yang keluar di buletin utama dan sinar harian,berkenaan sindiket menjual siaran haram,kami dengan tegasnya tidak terlibat dalam apa jua bentuk perniagaan seperti itu.
 
Kami mempunyai server yang melanggan dengan astro secara sah dengan menggunakan sistem card sharing.tiada godam dan curi line.seperti sedia maklum,kami beropersai mengunakan cccam server dan tidak menyiarkan channel2 luar negara.
 
Berbeza dengan DURIAN HD,yang telah diserbu, mereka penyedia siaran luar negara dan saluran pornografi dan bayaran bulanan dikenakan ini salah disisi akta SKMM.
Untuk pengetahuan semua,skybox telah lama beroperasi dan tiada akta untuk menyekat kami kerana kami juga pelanggan astro sama juga konsep line stremyx kita langgan dan share wifi dengan jiran2 lalu kita kenakan caj bulanan itu tak menyalahi undang2 samalah juga konsep dengan skybox kami..
 
 
credit to http://katakaniabenarjikabenar.blogspot.com

Tuesday, 31 December 2013

Teknik Mudah Mengaktifkan Kedua Belah Otak Kiri Dan Kanan

Perasan tak korang? Perasan tak korang yang orang cina selalu hantar anak-anak diorang yang umur lebih kurang 4, 5 tahun pergi kelas piano? Kalau tak kelas piano kelas ballads? Perasan tak? Agak-agak korang kan, kenapa diorang hantar anak diorang yang masih kecik ke kelas-kelas piano dan ballads?

Jawapannya kerana diorang nak anak mereka jadi hebat!

Ya, orang yang hebat ialah orang yang otak kiri dan kanan nya aktif. Bukan setakat aktif sebelah sahaja otaknya. Kalau dua-dua tak aktif? Tu makna nya tinggal bape kali jumaat je. Haha!

Ok. Jom kita teruskan lagi.

Otak kiri dan kanan mempunyai fungsi masing-masing. Bagi yang belajar sains tahu lah apa fungsi otak belah kanan dan apa fungsi otak belah kiri. Aku malas nak terangkan. Kalau korang tak tahu, sila lah rujuk gambar di bawah ini ye.



Untuk mengaktifkan otak belah kanan, kita kena banyak gerakkan bahagian belah kiri kita. Contoh gerakkan kaki dan tangan kiri manakala untuk mengaktifkan otak belah kiri, kita kena banyak gerakkan bahagian belah kanan kita.

Untuk aktifkan kedua-dua belah otak kiri dan kanan macam mana?

Meh sini aku ajarkan teknik terhebat secara percuma. Cuma nak atau tak nak je. Tak perlu ke kelas piano atau ballads dan tak perlu juga sebarang equipment.

So sudah sedia? Ok Jom!

Cara yang aku nak ajar  ni namanya ialah "fingers dance"!

Macam mana nak main "fingers dance" ni? Mudah saja main benda alah ni.

Ok. Korang buat berpandukan gambar kat bawah ni ok.


Step yang pertama, untuk tangan kiri korang sentuhkan ibu jari dengan jari telunjuk manakala untuk tangan kanan korang sentuhkan ibu jari dengan jari kelingking. Kedua-dua tangan dan jari mesti bergerak serentak!


Step yang kedua pula, korang sentuhkan ibu jari dengan jari tengah untuk tangan kiri dan untuk tangan kanan sentuhkan ibu jari dengan jari manis.


Step yang ketiga pula, korang sentuhkan ibu jari ke jari manis untuk tangan kiri manakala ibu jari untuk tangan kanan sentuhkan ke jari tengah.

Step yang keempat pula, korang sentuhkan ibu jari ke jari kelingking untuk tangan kiri manakala untuk tangan kanan korang sentuhkan ibu jari ke jari telunjuk.
Step yag kelima pula, korang buat secara mengundur plak. Kalau tadi dari 1,2,3,4 tapi kali ni korang buat dari 4,3,2,1 plak. Mula-mula buat slow-slow dulu, bila dah boleh expert buat laju-laju plak.
Dengan cara ni, insyaAllah korang boleh aktifkan kedua-dua belah otak kiri dan kanan korang. Tak percaya buat lah. Teknik ni bukan aku yang reka, tapi ada sorang pakar motivasi ni yang ajar kat aku, so aku turunkan ilmu ni kat korang plak. Sharing is caring kan? Ahaks!
Nampak macam permainan bodoh kan? Nampak je bodoh tapi ada kelebihan bila main permainan ni iaitu kita dapat mengaktifkan kedua-dua belah otak kita.
Ingat! Orang yang hebat ialah orang yang kedua-dua belah otaknya aktif. Bukan aktif sebelah sahaja!
p/s: mau tergeliat jari ko men benda alah ni. tak percaya cuba lah!


credit to http://kingdjango.blogspot.com

Makna Kod Pada Minyak Pelincir Kenderaan


Setiap botol minyak pelincir  (minyak hitam) kenderaan pasti ada tertera kod-kod tertentu, sebagai contoh SAE 10W50. Apa itu SAE 10W50?

Kebiasaannya minyak pelincir enjin telah digredkan mengikut standard SAE (Socity of Automotive Engineers) iaitu sebuah badan professional bagi kejuruteraan automotif. Pengredan minyak pelincir banyak bergantung kepada indeks kelikatan atau viscosity index dimana minyak pelincir ini telah diuji pada suhu tertentu sehingga ianya tidak lagi dapat berfungsi dan melindungi enjin.

NAMA-NAMA LAIN BERKAITAN MINYAK PELINCIR
API
American Petroleum Institute
STLE
Society of Tribologists and Lubrication Engineers
NLGI
National Lubricating Grease Institute
ILMA
Independent Lubricant Manufacturer Association
ACEA
European Automobile Manufacturer Association
JASO
Japanese Automotive Standards Organizations
W pada kod minyak pelincir bermaksud winter iaitu rating kelikatan minyak pelincir yang diuji pada suhu sejuk dan angka tanpa huruf W pula ialah minyak pelincir yang diuji pada suhu panas. Jadi 10W adalah tahap kelikatan minyak pelincir pada suhu sejuk dan 50 ialah tahap kelikatan minyak pelincir pada suhu panas. Semakin besar angka yang ditunjukkan, semakin tinggi daya tahan minyak pelincir itu terhadap kepanasan operasi enjin. Di negara bermusim sejuk, minyak pelincir yang mempunyai nilai W rendah adalah penting bagi memudahkan enjin  dihidupkan.

Setiap rating minyak pelincir mempunyai tahap ketahanan tertentu. Sekiranya ianya melepasi tahap yang ditetapkan, minyak pelincir tidak dapat bekerja sebagai pelincir (minyak pelincir menjadi cair).

SAE10W50 juga bermaksud ianya adalah minyak pelincir multi-grade kerana ianya mempunyai kadar kelikatan berubah, iaitu dari kurang likat pada suhu sejuk kepada lebih likat pada suhu panas. Sekiranya minyak pelincir hanya tertera kod SAE40 atau sebagainya, ianya adalah pelincir mono-grade kerana mempunyai kelikatan tunggal semasa suhu operasi enjin sejuk dan panas.

Sungguh pun Malaysia bukanlah negara bermusim sejuk, minyak pelincir multi-grade turut memainkan peranannya dan ianya telah menjadi standard yang telah ditetapkan oleh pengeluar kenderaan.

Bagi pengguna kenderaan yang sering kali menghadpi kesesakan lalulintas terutama di bandar-bandar besar, penggunaan minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang tinggi semasa suhu enjin panas adalah digalakkan. Ini kerana, apabila kenderaan terhenti-henti, sistem penyejukan enjin yang biasanya mengharapkan kepada pengaliran udara menjadi kurang cekap dan seterusnya meningkatkan suhu operasi enjin. Pada masa ini minyak pelincir akan memainkan peranan dalam membantu menyerap haba yang terhasil daripada operasi enjin. Minyak pelincir yang mempunyai gred API yang tinggi biasanya akan berfungsi dengan lebih baik.

Buat masa sekarang, minyak pelincir synthetic dan semi-synthetic adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan minyak pelincir mineral. Kedua-dua jenis minyak ini biasanya telah dicampurkan dengan bahan addictive. Pengguna yang menggunakan minyak pelincir mineral juga boleh menambahkan addictive ini secara manual kerana terdapat pelbagai jenis addictive yang boleh didapati dipasaran. Addictive ini ada pelbagai kegunaannya seperti, anti karat, anti oksida dan lain-lain. Adalah suatu pembaziran sekiranya pengguna minyak pelincir synthetic atau semi-synthetic mencampurkan addictive pada minyak pelincir. Daripada membazir, lebih baik belanja kawan-kawan makan!

KELEBIHAN BIO VELOCITY SLEEP MATE

KELEBIHAN BIO VELOCITY SLEEP MATE

BIO VELOCITY SLEEP MATE

Bio Velocity Sleep Mate untuk tidur yang lena sambil menyembuh penyakit

Arus pemodenan yang pesat memberi kesan negatif kepada tahap kesihatan kita pada hari ini. Setiap hari kita terdedah kepada pencemaran udara dan alam sekitar. Kita terdedah kepada pancaran radiasi dan medan elektromagnet daripada penggunaan telefon mudah alih, komputer, radio, televisyen dan sebagainya.

Pendedahan kepada semua itu akan merosakkan keseimbangan tenaga dalaman, melemahkan tahap imun dan keupayaan untuk melawan penyakit. Akhirnya badan dihinggapi pelbagai penyakit seperti stroke, darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dan sebagainya.




Kini adanya Bio Velocity Sleep Mate yang mampu memulihkan keseimbangan dan kesihatan anda secara mudah dengan kuasa penyembuhannya. Pelapik tilam ini menolong membetulkan frekuensi yang tidak harmoni, meneutralkan gelombang berbahaya sambil menguatkan gelombang positif yang membentuk aura yang sihat dalam tubuh kita.

Dengan mempengaruhi pengaliran tenaga, kita boleh menyihatkan badan dengan mencapai tahap kesihatan yang sempurna, mengimbangkan dan meningkatkan keseluruhan aktiviti badan dan minda. Apabila anda bangun daripada tidur, anda berasa lebih cergas dan bertenaga. Dalam penggunaan jangka masa panjang, ia memberi manfaat kepada badan di mana ia boleh mengekalkan kesihatan kita, meningkatkan sistem imun dan juga memberi hidup yang berkualiti.

TESTIMONI BIO VELOCITY SLEEP MATE

Bio Velocity Sleep Mate (BVSM) terkenal dengan kehebatannya selepas ramai penggunanya tampil berkongsi kebaikan yang diperolehi. Ramai testimoni tersebut berjaya merawat penyakit yang dihidapi selepas menggunakan BVSM sebagai alas tilam atau selimut.

Cerita perkongsian testimoni pesakit-pesakit tersebut boleh ditonton melalui Youtube. Di sini saya tunjukkan satu perkongsian oleh anak kepada seorang nenek yang menghidap angin ahmar ataupun stroke yang asalnya tidak mampu bergerak dan bercakap tetapi selepas menggunakan BVSM beliau sekarang beransur pulih
.






Selain ini, ada ramai lagi testimoni yang mana berjaya merawat penyakit yang dihidapi seperti insomnia, tekanan perasaan, migrain dan banyak lagi selepas menggunakan alas tilam BVSM ini. Alas tilam BVSM ini terbukti dapat melegakan kesakitan gastrik, melegakan sakit belakang, melegakan ketegangan leher, melegakan rasa kebas dan sebagainya.

KEBAIKAN BIO VELOCITY SLEEP MATE

1. Meningkatkan metabolism
2. Mengaktifkan fungsi-fungsi sel
3. Menggalakkan peredaran darah
4. Meningkatkan pertahanan badan dan memperbaiki sistem imun
5. Meningkatkan tahap medan tenaga
6. Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan dan desakan
7. Memulihkan tenaga, memperbaiki dan mengaktifkan sel dalam badan
8. Bersemangat dan bertenaga
9. Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semula jadi
10. Mengimbangi dan mengharmonikan fungsi-fungsi fizikal
11. Melegakan kepenatan dan kesakitan
12. Merangsangkan dan menyelaraskan sistem saraf autonomik
13. Menggalakkan fungsi jantung

14. Menggalakkan tidur yang sihat dan berkualiti


CARA PENGGUNAAN DAN PENJAGAAN BVSM

Bio Velocity Sleep Mate didatangkan dalam saiz 'queen'. Cuma rentangkan di atas tilam dan selitkan empat tali elastik di setiap penjuru tilam. Ia boleh juga digunakan sebagai selimut.

BVSM boleh dicuci setahun sekali. Gunakan cecair pencuci berorganik seperti pencuci PB Wash. Dicadangkan hanya cuci pada bahagian yang terkena kotoran sahaja dan dijemur dibawah cahaya matahari pagi.

Dapatkannya sekarang dengan hanya RM 1288.00 
sahaja seunit.. CasH & Carry =) 

CALL 012-4989593 Nadia

Monday, 30 December 2013

Hai-O JTX 1000

JTX adalah minyak enjin berprestasi tinggi yang direka khas untuk membersihkan enjin dan memberi perlindungan terhadap pengoksidaan, kehausan, kakisan, mendapan, dan pembentukan lumpur dalam keadaan memandu yang paling teruk. Ia dihasilkan untuk kegunaan semua jenis kenderaan yang memakai petrol dan diesel termasuk kenderaan yang dilengkapi dengan turbocharger dan sistem pembakar suntikan. Formulasinya yang moden memastikan fleksibiliti untuk “mixed fleet operators”.

  • Minyak enjin pelbagai gred yang canggih diperkaya dengan pekatan tambahan Jet Turbo-X 5000 EP / AW.

  • Menyediakan perlindungan anti-haus, anti-karat dan anti-kakisan.

  • Memaksimakan selang masa pengaliran minyak dan masa penyelenggaraan.

  • Mengelakkan pembentukan lumpur.

  • Ciri-ciri anti-haus yang lebih baik memanjangkan jangka hayat enjin.

  • Kestabilan haba yang baik.

  • Kebolehan enjin yang optimum untuk prestasi yang lancar dan berkuasa.

  • Dicadangkan untuk 10,000km.

  • Memenuhi atau melebihi spesifikasi prestasi API SL/CG 4, ACEA A3-98, B4-98, E2-96, MB 228.0/1 MB 229.1 MACK EO-1, MTU/DDC TYPE 1, M.A.N.270/271, ALLISON C-4.



Sesuai Untuk Enjin Diesel, Petrol, Ngv




Berminat mendapatkan minyak Enjin ini??? 
Hubungi tomio di 017-5743140
Penghantaran di sekitar Perlis, Jitra, Changloon

Thursday, 26 December 2013

Kopi Mineral Garam Buluh

Kopi Mineral Garam Buluh

Harga : Rm 26.50 Isi kandungan : 20 paket





Nikmati Kesegaran Semula Jadi Setiap Hari

Dengan adunan bijian kopi Robusta dan garam buluh organik semula jadi dari Korea, Kopi Mineral Hai-O dengan aroma istimewa merupakan sumber bagi magnesium yang menggalakkan penyerapan dan pengekalan kalsium.

Kopi Mineral Hai-O memenuhi cita rasa para peminat kopi KERANA...

  • MEMBEKALKAN MINERAL UNTUK KESIHATAN BADAN...
  • MENGHILANGKAN KELETIHAN...
  • MELEGAKAN TEKANAN...
  • MENYEGARKAN TUBUH BADAN...
  • MENGANDUNGI 0% BAHAN TAK TERLARUT...
  • MEMBANTU MENYEMBUHKAN PENYAKIT KENCING MANIS DAN DARAH TINGGI... 
  • RASA YANG SANGAT LAZAT..
Kopi Mineral Hai O tidak ditambahkan gula tidak mengandungi kolestrol dan bahan pengawet. Sangat bagus diminum bagi meraka yang mengidap darah tinggi dan kencing manis

HARGA RM 26.50 + POS LAJU RM6 DI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA 

 HUBUNGI NADIA 012-4989593

BB Plus Kolagen


Penuaan merosakkan kolagen dan seterusnya merosakkan kulit
Kolagen membentuk 70% daripada lapisan dermis kulit. Ia adalah bahan utama dalam kulit, tulang, rawan dan pelbagai tisu penghubung di dalam badan kita. Kolagen membantu pertumbuhan semula kulit baru serta mengekalkan kelembutan kulit. Di dalam sendi rawan, ia berfungsi sebagai kusyen untuk mengurangkan bebanan terhadap sistem struktur badan terutama pada pinggul, sendi dan lutut.

Faktor penuaan luaran dan dalaman boleh merosakkan fiber protein, fibroblas dan vitamin yang diperlukan untuk merangsang penghasilan kolagen. Kekurangan kolagen adalah antara faktor penyebab terjadinya proses penuaan kulit.

Mengapa memilih BB Plus?
BB Plus diperbuat daripada kolagen ikan yang bermutu tinggi. Kolagen ikan dikelaskan sebagai Kolagen Jenis 2, yang mempunyai struktur rantaian asid amino yang seakan-akan sama seperti yang terdapat dalam kolagen manusia. Habitat semulajadi ikan menyebabkan kolagen ikan  mempunyai kandungan Prolin dan Glisin yang cukup dalam suhu badan ikan yang rendah iaitu sama seperti kolagen manusia. Prolin dan Glisin adalah dua jenis asid amino yang penting untuk penghasilan kolagen, mengekalkan kecantikan kulit dan kesihatan rawan. Kolagen ikan ditukarkan menjadi peptida dengan menggunakan teknologi terkini untuk sumber kolagen yang kaya dan kesan penyerapan yang lebih baik.

Bagaimana BB Plus Bertindak?
Mod tiga tindakan:
1. Memulih  - Menggalakkan pembersihan mikro, menggantikan peptida kolagen bagi
                         rantaian kolagen yang telah rosak ataupun lemah
2. Membina - Menguatkan dan melindungi rantaian kolagen melalui proses antioksida
3. Memperbaharui -  Menggalakkan pertumbuhan dan penghasilan sel kolagen baru

Bagaimanakah BB Plus dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan penyakit sendi?
Peptida kolagen ikan adalah sumber Kolagen Jenis 2 yang baik dan merupakan komponen utama dalam rawan untuk membantu mencegah keradangan yang disebabkan oleh rheumatism and osteoarthritis.
7 Hasil Kulit Cantik
1. Kulit wajah berseri dan cerah
2. Kulit lebih anjal dan tegang
3. Kulit lebih halus dan gebu
4. Kulit lebih lembab
5. Kulit lebih licin serta kurang garis halus dan kedutan
6. Kulit lebih cepat sembuh dan pulih
7. Kulit kurang kesan kerosakan akibat sinaran matahari
BERMINAT MENDAPATKANNYA??? HUBUNGI....
012-4989593 (Nadia)

RM 180 + RM 7 KOS PENGHANTARAN POS LAJU SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA